Wednesday, May 26, 2010

Sambungan

FASA KEDUA

Dalam fasa kedua ini pasukan ancelotti dalam keadaan menstabilkan kedudukan dan corak permainan yang mana jika kita lihat pada fasa ini pasukan chelsea telah melakukan corak permainan gaya ancelotti yang mana gaya permainannya lebih kepada serangan balas dan bukannya kepada menyerang. Strategi begini dilihat tidak berkesan dan banyak membawa impak yang tidak berkesan kepada pasukan dan implikasi yang dapat kita lihat dari corak tersebut ialah pasukan chelsea menang dalam perlawanan hanya dengan defisit-defisit gol yang sedikit.

Selain corak permainan, kecederaan pemain juga adalah perkara yang berlaku dalam fasa kedua ini.Kecederaan carlvalho, ash, dan ramai lagi pemain telah membuat pasukan chelsea didalam keadaan yang kurang menyengat dengan ketiadaan tonggak-tonggak utama tetapi perkara ini tidak mengusarkan ancelotti,sebagai seorang pengendali yang berpengalaman ancelotti bijak dalam mengatur strategi untuk memastikan pasukan chelsea berada di tampuk liga dan hasilnya pasukan chelsea berada di puncak liga pada tahun baru 2010 selepas hari boksing.

FASA KETIGA

Untuk fasa ketiga ini pasukan The Blues mengalami satu fasa yang penting dalam musim ini.Pelbagai rintangan dan halangan di lalui dalam merencanakan kemenangan pada setiap perlawanan.Di dalam fasa ini pasukan chelsea mengalami jatuh dan bangun dalam setiap perlawanan dan pretasi pemain pada masa ini terumbang ambing dan kurang konsisten dalam setiap perlawanan tetapi bolasepak adalah bolasepak.Chelsea dapat mengharungi fasa ini dengan memperolehi kemenangan yang berkala dan defisit mata yang tipis dengan pasukan lawan perkara sebegini membantu pasukan dalam merealisasikan harapan untuk memenangi kejuaraan liga tahun.

KESIMPULAN

Musim ini merupakan musim yang bertuah buat ancelotti dengan kemenangan sulung musim ini dan penampilan sulung musim ini telah menampakkan susuk kemenangan buat pengendali dari Itali ini. Secara keseluruhanya prestasi chelsea musim ini adalah sederhana ini bersesuaian dengan kemampuan dan kekuatan pasukan chelsea musim ini. Tuah yang menyebelahi pasukan chelsea adalah hasil dari usaha dan ikhtiar pasukan chelsea untuk musim ini dan diharap pada musim hadapan lebih banyak kejuaraan bakal diperolehi..

sekian

p/s:Mohon maaf dengan kelambatan mengemaskini blog

No comments:

Post a Comment