Sunday, May 9, 2010

Akhirnya Penantian Berakhir....












Juara Braclays Premier League 2009/2010 Chelsea Fc



Detik yang ditunggu telah datang dan menjadi kenyataan serta menjadi mimpi indah buat para peminat The Blues. Kemenangan ke atas Wigan Athletic yang dibimbing oleh Roberto Martinez telah diberi penangan hebat dan tumbukan k.o tanpa balas di gelanggang keramat Chelsea iaitu Stamford Bridge.

Secara ringkasnya kemenangan Chelsea semalam sudah dijangka oleh ramai peramal dan peminat bola sepak. Kemenangan yang diraih di gelanggang keramat mereka sendiri iaitu Stamford Bridge telah menambah lagi kekuatan pasukan Chelsea. Kemenangan 8-0 keatas Wigan ini telah menunjukkan kemantapan pasukan Chelsea yang telah menjuarai liga selepas berhempas pulas sepanjang musim untuk merampas kembali takhta kejuaraan yang sebelum ini dimilikki oleh pasukan Manchester United. Selepas tiga musim para peminat dan penyokong Chelsea kembali dapat menikmati kejuaraan yang telah lama ditinggalkan.

Secara keseluruhannya persembahan Chelsea pada musim tidaklah semantap ketika pasukan ini dibimbang oleh The Special One Jose Felix Mounrinho. Musim yang memperlihatkan kehebatan King Carlo menyusun serta mengadun pemain baru dan berpengalaman menjadi satu skuad yang mampu mencabar pasukan Manchester United. Kehebatan Ancelotti pada musim pertama telah menampakkan taringnya dengan rekod jaringan lebih daripada 100 gol dan juga sebagai pengurus dari Itali yang ketiga mengendali pasukan Chelsea selepas vialli dan ranieri. Carlo telah menunjukkan bahawa beliau berada pada tahap yang tersendiri dan gaya Itali yang tersendiri. Biarpun tanpa kelibat pemain-pemain baru Chelsea tetap gagah dan kental menghadapi seteru-seteru utama liga dengan baik dan berjaya.

Kejayaan Chelsea pada musim ini boleh dibahagikan kepada tiga fasa dan peringkat perjalannya.

FASA PERTAMA
Pada fasa ini pasukan Chelsea telah mengharungi perlawanan awal musim dengan berjayanya dan masih lagi mencari rentak kemenangan konsisten serta stabil dalam perjalanan untuk merebut takhta kejuaraan.Pasukan pada masa ini masih lagi konsisten dalam permainan tetapi berada dalam keadaan untuk menyesuaikan diri dengan pengendali baru.

bersambung....

No comments:

Post a Comment