Friday, January 7, 2011

..........

Salam...

salam pertemuan..itulah pembuka kata untuk post kali ini..agak lama aku tak merajinkan jari jemari aku untuk menaip di pentas ni...mungkin pelbagai andaian boleh di ungkap atau di duga tapi sebenarnya aku kekurangan idea untuk menulis dan menaip .

Selamat tahun baru aku ucapkan..ini merupakan tahun yang ke-23 untukku dapat menghirup nikmat di bumi Allah ini, alhamdulilah aku masih lagi bernafas ketika menaip post ini...syukur ku panjatkan kepada Allah yang maha Esa kerana dengan kudrat dan iradatNya dapat meneruskan perjuangan hidup ini.

Banyak perkara yang ingin aku ceritakan pada penulisan kali ini..banyak perkara yang terjadi pada diri aku dan sekiling diriku..ape yang pasti aku telah melaluinya..

Antara yang ingin aku tulis pada entri-entri yang akan datang berkaitan dengan diriku dan CHELSEA...

Emmm itu sahaja yang aku ingin beritahu...bertemu di entri yang lain..

salam


my love

Wednesday, May 26, 2010

Sambungan

FASA KEDUA

Dalam fasa kedua ini pasukan ancelotti dalam keadaan menstabilkan kedudukan dan corak permainan yang mana jika kita lihat pada fasa ini pasukan chelsea telah melakukan corak permainan gaya ancelotti yang mana gaya permainannya lebih kepada serangan balas dan bukannya kepada menyerang. Strategi begini dilihat tidak berkesan dan banyak membawa impak yang tidak berkesan kepada pasukan dan implikasi yang dapat kita lihat dari corak tersebut ialah pasukan chelsea menang dalam perlawanan hanya dengan defisit-defisit gol yang sedikit.

Selain corak permainan, kecederaan pemain juga adalah perkara yang berlaku dalam fasa kedua ini.Kecederaan carlvalho, ash, dan ramai lagi pemain telah membuat pasukan chelsea didalam keadaan yang kurang menyengat dengan ketiadaan tonggak-tonggak utama tetapi perkara ini tidak mengusarkan ancelotti,sebagai seorang pengendali yang berpengalaman ancelotti bijak dalam mengatur strategi untuk memastikan pasukan chelsea berada di tampuk liga dan hasilnya pasukan chelsea berada di puncak liga pada tahun baru 2010 selepas hari boksing.

FASA KETIGA

Untuk fasa ketiga ini pasukan The Blues mengalami satu fasa yang penting dalam musim ini.Pelbagai rintangan dan halangan di lalui dalam merencanakan kemenangan pada setiap perlawanan.Di dalam fasa ini pasukan chelsea mengalami jatuh dan bangun dalam setiap perlawanan dan pretasi pemain pada masa ini terumbang ambing dan kurang konsisten dalam setiap perlawanan tetapi bolasepak adalah bolasepak.Chelsea dapat mengharungi fasa ini dengan memperolehi kemenangan yang berkala dan defisit mata yang tipis dengan pasukan lawan perkara sebegini membantu pasukan dalam merealisasikan harapan untuk memenangi kejuaraan liga tahun.

KESIMPULAN

Musim ini merupakan musim yang bertuah buat ancelotti dengan kemenangan sulung musim ini dan penampilan sulung musim ini telah menampakkan susuk kemenangan buat pengendali dari Itali ini. Secara keseluruhanya prestasi chelsea musim ini adalah sederhana ini bersesuaian dengan kemampuan dan kekuatan pasukan chelsea musim ini. Tuah yang menyebelahi pasukan chelsea adalah hasil dari usaha dan ikhtiar pasukan chelsea untuk musim ini dan diharap pada musim hadapan lebih banyak kejuaraan bakal diperolehi..

sekian

p/s:Mohon maaf dengan kelambatan mengemaskini blog

Sunday, May 9, 2010

Akhirnya Penantian Berakhir....












Juara Braclays Premier League 2009/2010 Chelsea Fc



Detik yang ditunggu telah datang dan menjadi kenyataan serta menjadi mimpi indah buat para peminat The Blues. Kemenangan ke atas Wigan Athletic yang dibimbing oleh Roberto Martinez telah diberi penangan hebat dan tumbukan k.o tanpa balas di gelanggang keramat Chelsea iaitu Stamford Bridge.

Secara ringkasnya kemenangan Chelsea semalam sudah dijangka oleh ramai peramal dan peminat bola sepak. Kemenangan yang diraih di gelanggang keramat mereka sendiri iaitu Stamford Bridge telah menambah lagi kekuatan pasukan Chelsea. Kemenangan 8-0 keatas Wigan ini telah menunjukkan kemantapan pasukan Chelsea yang telah menjuarai liga selepas berhempas pulas sepanjang musim untuk merampas kembali takhta kejuaraan yang sebelum ini dimilikki oleh pasukan Manchester United. Selepas tiga musim para peminat dan penyokong Chelsea kembali dapat menikmati kejuaraan yang telah lama ditinggalkan.

Secara keseluruhannya persembahan Chelsea pada musim tidaklah semantap ketika pasukan ini dibimbang oleh The Special One Jose Felix Mounrinho. Musim yang memperlihatkan kehebatan King Carlo menyusun serta mengadun pemain baru dan berpengalaman menjadi satu skuad yang mampu mencabar pasukan Manchester United. Kehebatan Ancelotti pada musim pertama telah menampakkan taringnya dengan rekod jaringan lebih daripada 100 gol dan juga sebagai pengurus dari Itali yang ketiga mengendali pasukan Chelsea selepas vialli dan ranieri. Carlo telah menunjukkan bahawa beliau berada pada tahap yang tersendiri dan gaya Itali yang tersendiri. Biarpun tanpa kelibat pemain-pemain baru Chelsea tetap gagah dan kental menghadapi seteru-seteru utama liga dengan baik dan berjaya.

Kejayaan Chelsea pada musim ini boleh dibahagikan kepada tiga fasa dan peringkat perjalannya.

FASA PERTAMA
Pada fasa ini pasukan Chelsea telah mengharungi perlawanan awal musim dengan berjayanya dan masih lagi mencari rentak kemenangan konsisten serta stabil dalam perjalanan untuk merebut takhta kejuaraan.Pasukan pada masa ini masih lagi konsisten dalam permainan tetapi berada dalam keadaan untuk menyesuaikan diri dengan pengendali baru.

bersambung....

Wednesday, May 5, 2010

Tak Sabar Rasanya











Skuad Chelsea 2009/2010



Hmmm tidak sabar rasanya hatiku untuk habiskan minggu ini dengan kegembiraan,mana tidaknya perkara yang menjadi perhatian ramai peminat-peminat liga Inggeris bakal melabuhkan tirainya hujung minggu ini...wah-wah mesti ramai yang dapat meramalkan siapa yang bakal menyangjung serta mengangkat piala kejuaraan liga Inggeris pada musim ini...
Kelab mana lagi kalau bukan Chelsea fc. Kelab yang berpengkalan di London ini bakal melakar sejarah muncul sebagai juara liga Inggeris pada musim ini...biarpun ramalan aku ini terlalu awal buat masa ini tetapi aku optimis yang kejayaan dan kejuaraan bakal pasti jadi milik The Blues...

Mungkin ramai pembaca tidak berpuas hati dengan tampalan kali ini tetapi inilah hakikat yang harus aku jelaskan dan dedahkan kepada semua, ini kerana jarak kejuaraan dengan Chelsea sangat dekat dan tidak boleh diragui lagi kebenarannya...ada beberapa sebab dan musabab yang membuatkan aku yakin dan teruja bahawa ramalan aku akan jadi kenyataan. Antara sebab-sebabnya ialah :

# Chelsea berhak menang kerana pasukan ini sedang mendahului liga dan walaupun
jarak mata dengan pasukan pesaing satu mata namun ia sudah cukup memberikan
kejuaraan mutlak buat pasukan Chelsea

# Pasukan Chelsea berhak menang kerana perlawanan terakhir ini bermain di
laman sendiri.Kelebihan lebih banyak menyebelahi Chelsea kerana bermain di
laman sendiri dan dengan adanya pemain ke-12(penyokong) maka kekuatan yang
sedia ada pada Chelsea akan bertambah dan perlawanan menentang Wigan ini
akan menjadi bertambah mudah.

# Chelsea berhak memenangi liga Inggeris dengan rekod persembahan yang lebih
baik dan menyakinkan bagi tempoh tiga perlawanan terakhir ini. Maka tiada
sebarang kompromi untuk Chelsea tidak boleh menang bagi perlawanan terakhir
ini biarpun wigan seri pada perlawanan yang lepas dengan Arsenal tapi itu
bukan gambaran sebenar kekuatan pasukan Roberto Martinez untuk mengagalkan
keupayaan anak buah Carlo Ancelotti untuk menrangkul kejuaraan ketiga buat
Chelsea dalam masa enam tahun...




















Ini sahaja yang dapat aku rembeskan fakta-fakta dan hujah-hujah yang berlegar dalam kotak pemikiran aku.Diharap cuti hujung minggu ini dapat kita raikan bersama-sama dengan kejayaan dan kejuaraan...

Adios Amigos...Assalammualaikum

Akhirnya

Akhirnya dapat juga aku daftarkan sebuah blog buat diriku merembes segala idea dan pemikiran untuk dikongsikan bersama-sama...Blog ini aku buat bertujuan memberi ruang diriku berkongsi idea dan pendapat bersama dan memberi pendapat aku dari sudut dan pemikiran berbeza...Diharap kehadiran aku di dalam pentas ini dapat menyelesaikan 1001 satu persoalan yang bermain di minda anda terlerai dengan lahirnya blog ini...

Ini sahaja yang bisa aku titipkan buat masa ini...Diharap anda setia menanti perkembangan blog ini pada masa akan datang.....Adios Amigos...Assalammualaikum