Wednesday, May 5, 2010

Tak Sabar Rasanya











Skuad Chelsea 2009/2010



Hmmm tidak sabar rasanya hatiku untuk habiskan minggu ini dengan kegembiraan,mana tidaknya perkara yang menjadi perhatian ramai peminat-peminat liga Inggeris bakal melabuhkan tirainya hujung minggu ini...wah-wah mesti ramai yang dapat meramalkan siapa yang bakal menyangjung serta mengangkat piala kejuaraan liga Inggeris pada musim ini...
Kelab mana lagi kalau bukan Chelsea fc. Kelab yang berpengkalan di London ini bakal melakar sejarah muncul sebagai juara liga Inggeris pada musim ini...biarpun ramalan aku ini terlalu awal buat masa ini tetapi aku optimis yang kejayaan dan kejuaraan bakal pasti jadi milik The Blues...

Mungkin ramai pembaca tidak berpuas hati dengan tampalan kali ini tetapi inilah hakikat yang harus aku jelaskan dan dedahkan kepada semua, ini kerana jarak kejuaraan dengan Chelsea sangat dekat dan tidak boleh diragui lagi kebenarannya...ada beberapa sebab dan musabab yang membuatkan aku yakin dan teruja bahawa ramalan aku akan jadi kenyataan. Antara sebab-sebabnya ialah :

# Chelsea berhak menang kerana pasukan ini sedang mendahului liga dan walaupun
jarak mata dengan pasukan pesaing satu mata namun ia sudah cukup memberikan
kejuaraan mutlak buat pasukan Chelsea

# Pasukan Chelsea berhak menang kerana perlawanan terakhir ini bermain di
laman sendiri.Kelebihan lebih banyak menyebelahi Chelsea kerana bermain di
laman sendiri dan dengan adanya pemain ke-12(penyokong) maka kekuatan yang
sedia ada pada Chelsea akan bertambah dan perlawanan menentang Wigan ini
akan menjadi bertambah mudah.

# Chelsea berhak memenangi liga Inggeris dengan rekod persembahan yang lebih
baik dan menyakinkan bagi tempoh tiga perlawanan terakhir ini. Maka tiada
sebarang kompromi untuk Chelsea tidak boleh menang bagi perlawanan terakhir
ini biarpun wigan seri pada perlawanan yang lepas dengan Arsenal tapi itu
bukan gambaran sebenar kekuatan pasukan Roberto Martinez untuk mengagalkan
keupayaan anak buah Carlo Ancelotti untuk menrangkul kejuaraan ketiga buat
Chelsea dalam masa enam tahun...




















Ini sahaja yang dapat aku rembeskan fakta-fakta dan hujah-hujah yang berlegar dalam kotak pemikiran aku.Diharap cuti hujung minggu ini dapat kita raikan bersama-sama dengan kejayaan dan kejuaraan...

Adios Amigos...Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment